Peta Telaga Batu

Wednesday, March 18, 2009

Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau



Milik Siapa? Pilihanraya Kecil

Bukit Selambau milik Siapa?

Keputusan Pada 7 April 2009..

Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang




Milik Siapa?

Pilihanraya Kecil Bukit Gantang milik Siapa?

Keputusan Pada 7 April 2009..

Thursday, January 29, 2009

Sultan Kedah Puji Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR, 18 Januari - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah melahirkan rasa bangga terhadap pimpinan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Kerajaan Negeri telah berjaya menjalankan pentadbiran dengan adil dan harmoni bagi memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum semakin bersatu padu serta semangat kerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam menjayakan program pembangunan bagi kepentingan rakyat.

Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.
“Beta mengucapkan tahniah kepada Memanda Menteri Besar kerana berjaya menerajui pentadbiran negeri dengan berkesan.

“Semangat bekerjasama tanpa mengira fahaman politik seperti ini sangatlah dibanggakan dan hendaklah diteruskan demi faedah rakyat Beta, sudah sampai masanya semua pihak memandang ke hadapan dan mencari jalan untuk memberi sumbangan yang optima kepada pembangunan negeri ini,” titah Baginda bagi mengikis pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak yakin dengan kemampuan kerajaan negeri Kedah.

KDYMM Tuanku Sultan turut mengambil berat mengenai masalah pemberhentian pekerja yang akan menjejaskan kehidupan rakyat, Baginda memberi saranan agar para majikan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran makanan bahan makanan khususnya padi, jagung dan nanas secara komersial, KDYMM Tuanku Sultan menyeru pihak swasta mengambil bahagian secara usahasama dengan petani malalui konsep ‘contract farming’.
“Baru-baru ini kerajaan Beta berjaya menerokai pasaran baru bagi produk pertanian di Timur Tengah dan Afrika Utara, di mana pasaran baru ini bakal mengatasi isu pasaran yang dihadapi oleh para petani.“Usaha menarik masuk pelancong menerusi Program Tahun Melawat Kedah telah menampakkan kejayaan sepertimana Langkawi semakin mendapat tempat di kalangan pelancong Timur Tengah.“Beta menyarankan promosi pelancongan dijalankan dengan lebih agresif dan pelbagai aktiviti yang berkaitan menjana pendapatan dapat dijalankan oleh masyarakat setempat,” titah Baginda yang begitu prihatin dan menitikberatkan kebajikan rakyat.

Hasrat Kerajaan Negeri membina Pusat Pendidikan dan Pengajian Al-Quran mendapat persetujuan KDYMM Tuanku Sultan bagi melahirkan Qari dan Qariah serta ahli Tahfiz Al-Quran.Di samping itu, graduan yang dilahirkan dapat menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang tugas yang diceburi bagi kesejahteraan semua.“Sejajar dengan perkembangan ekonomi masakini, Kolej Universiti Insaniah tidak lagi terhad sebagai pusat pengajian tinggi di bidang agama dan Bahasa Arab sahaja.“Beberapa bidang pengajian baru telah ditawarkan dan memerlukan sebuah kampus yang lengkap bagi meningkatkan imej Kolej Universiti Insaniah, pembinaan sebuah kampus tetap adalah tepat pada masanya.“Beta yakin semua perancangan ini bakal melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan bertakwa yang akan menerajui negeri ini di masa hadapan,” titah Baginda.
Sumber:Kedah.gov.my

Monday, January 19, 2009

Monday, December 22, 2008

Belia jangan terlalu cerewet memilih kerja

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR STAR – Belia adalah pemangkin negeri. Jika hendak melihat bagaimana rupa bentuk sesebuah negeri pada masa hadapan, kita boleh lihat bagaimana keadaan belia sekarang, sempurnanya belia tersebut, maka sempurnalah negeri itu dan begitulah sebaliknya.
Semasa Sidang Dewan Negeri yang diadakan baru-baru ini, Ahli Mesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib menegur sikap belia negeri ini terutama para siswazah supaya mengubah sikap mereka dalam mencari pekerjaan bagi mengelak berlakunya pengangguran.
Para siswazah ini hanya berfikir mahu mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, tetapi mereka tidak menyedari dalam era ini, cabaran sangatlah sengit, pengalaman adalah penting berbanding sijil yang dimiliki. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

YB Dato' Paduka Ahmad Bashah menanyakan mengenai isu pengangguran di kalangan belia di bandar-bandar utama, khususnya Bandar Alor Star yang semakin membimbangkan dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan program khusus terutama melatih golongan ini dalam bidang kemahiran tenaga kerja mahir di masa hadapan.

"Kerajaan Negeri akan mengadakan karnival kerjaya pada tahun 2009 yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, agar mereka memberi peluang kerja kepada belia-belia mendaftar dalam mencari kerja.

"Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai program dan latihan kemahiran kepada belia-belia seperti IKM dan MARA, para belia juga boleh memperoleh pekerjaan menerusi Bursa Buruh Elektronik (ELX).

"Apa yang saya kesalkan ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih dalam mencari pekerjaan, jadi yang penting siswazah itu perlu mengubah sikap kepada yang lebih positif serta cari seberapa banyak pengalaman yang dapat membantu mereka," jelas beliau.

Saturday, December 20, 2008

Penduduk Telaga Batu Resah??

Penduduk Telaga Batu Minta Baiki Segera Hakisan Di Tandaop Telaga Batu

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

JITRA, 16 Disember: Penduduk Kampung Tandop Telaga Batu, Sungai Korok, di sini meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki dan menurap jalan di kampung itu yang runtuh akibat hakisan.

Tinjauan mendapati jalan yang runtuh itu membahayakan pengguna yang sering melalui jalan berkenaan, terutamanya pada waktu malam.
Seorang penduduk, Hanafiah Lebai Man, 75, berkata, masalah yang berlaku itu perlu diatasi segera oleh pihak yang bertanggungjawab demi untuk memastikan tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Sebahagian daripada jalan berkenaan didapati runtuh akibat hakisan dan tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah yang berlaku itu," jelasnya.
Ujarnya, pernah berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan kerana kawasan itu agak gelap pada waktu malam.
Beliau berharap pihak yang bertanggungjawab perlu membuka mata dalam usaha menangani masalah yang berlaku itu agar ia dapat diatasi sepenuhnya bagi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Mahyudin Yusop, 35, berkata, masalah tanah runtuh di jalan berkenaan sudah lama berlaku.
"Tindakan segera perlu dilakukan agar masalah tanah runtuh di jalan berkenaan dapat diperbaiki semula untuk kemudahan penduduk di sini," katanya.
Tambahnya, setelah diperbaiki, jalan berkenaan perlu diturap agar memudahkan penduduk kampung menggunakan jalan berkenaan setiap hari.
Sumber:Warta Darulaman